Tuesday, September 28, 2010

Sumber Sains Kopi


Perkataan 'coffee' berasal daripada perkataan Latin offea'yang bermaksud tumbuhan famili Rubiaceae. Terdapat 25 spesies utama dalam Coffea, tetapi peminum kopi lebih mengenali 2 jenis kopi iaitu Coffea Canephora (Robusta) dan Coffea Arabica. Coffea canephora menghasilkan bijian kopi Robusta dan ditanam di Amerika Selatan termasuk Brazil (dimana ia dikenali sebagai Conilon), Afrika Barat dan Tengah dan di sesetengah kawasan di Asia Tenggara.


KONSENSUS TENTANG MANFAAT MEMINUM KOPI
Kajian berpuluh tahun dan pengambilan kopi yang berkurun lamanya oleh manusia membuktikan meminum kopi tidak menjejaskan kesihatan seseorang. 
Malahan, kajian sains yang terkini di Mayo Clinic, Harvard School of Public Health, menunjukkan manfaat meminum kopi di mana 2 hingga 4 gelas kopi sehari boleh menurunkan risiko ;
  1. barah kolon (usus besar) sebanyak 25%
  2. batu hempedu (45%)
  3. sirosis hati (80%)
  4. penyakit parkinson (50% – 80%) dan beberapa penyakit lain
  5. Ia juga didapati menurunkan kekerapan serangan asma/lelah (25%) kerana terdapatnya bahan theophylline dalam kopi.
Apatah lagi, kajian juga menunjukkan kandungan anti-oksidan dalam kopi adalah 4 kali ganda lebih daripada teh hijau dan ia suatu minuman yang amat bagus sebagai anti-kemurungan dan perangsang prestasi badan, meningkatkan fungsi memori dan tahap tenaga untuk aktiviti mental mahupun fizikal.

Kopimin

Kopimin